AZLI ABDULLAH - Perjalanan ku menjadi jutawan
Nama saya Azli bin Abdullah. Sebagai seorang bekas tenaga pengajar sekolah, orang ramai mengenali saya dengan panggilan “cikgu” sahaja. Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan, dibesarkan bersama-sama 6 orang adik beradik. Kami berenam dibesarkan dalam keadaan ‘cukup-cukup’ kata orang. Mak Ayah bukan orang senang. Untuk menampung keluarga, ayah bertugas sebagai pemandu lori manakala mak suri rumah sepenuh masa. Jangan salah anggap, saya bukan nak mengeluh dan jauh sekali menyesali tahap kehidupan ibu dan bapa saya . Alhamdulillah, walau macam mana susah sekali pun, mak dan ayah tak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kami sekeluarga. Sungguhpun tiada apa-apa yang mewah, tapi kami redha dengan ketentuan Illahi. Asalkan perut kenyang, badan bertenaga, sudah cukup untuk memuaskan keperluan kami sekeluarga.
Sebagai seorang anak lelaki dari keluarga yang susah, adalah wajar sekiranya saya keluar dari rumah dan mencari rezeki saya sendiri. Bukan merajuk, tapi hendak meringankan beban mak ayah. Untuk ini, saya telah berusaha untuk menjadi cikgu sekolah. Sebab bekerja dengan ‘gomen’ ni, banyak keistimewaannya! Maka saya pun menjadi seorang guru sekolah rendah di Kelantan dengan gaji RM1,000 sebulan. Saya ingatkan cukup, tapi selepas saya benar-benar memahami keperluan sosio-ekonomi, barulah saya sedar kehidupan saya ini tidak lah sesenang mana pun. Balik-balik cukup makan. Kalau nasib tak baik, duit dah tak cukup hujung bulan. Sikit-sikit pinjam duit dari kawan-kawan, sampai diri sendiri pun dah naik malu nak berhadapan dengan mereka. Mulai dari saat itu, saya berazam untuk terus berusaha gigih untuk mengejar kejayaan dan kesenangan. Apa cara sekali pun! Asalkan halal dan berkat!
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun masa berlalu. Saya terus berusaha. Segala macam kerja yang saya buat untuk menampung kehidupan. Dari mengajar, berniaga pasar malam, sehinggalah menjadi mekanik motor. Buatlah macam-macam kerja, tapi kesenangan itu seolah-olah macam angan-angan sahaja. Berpindah lah saya ke KL dengan anak dan isteri, kononnya kehidupan di kota besar ni lebih mewah kata orang, banyak peluang. Tapi terlalu ramai yang merebut peluang yang sama maka menjadikan sangat rumit untuk saya berjaya di KL. Sewa hanya sekadar sebuah bilik untuk didiami kami sekeluarga. Makan pun kena ikat perut, bukan ikut perut. Saya masih ingat lagi, ada suatu ketika poket saya hanya berbekalkan 2 Ringgit saja. Sedih sangat. Kadangkala menitik air mata memikirkan nasib diri... jujur saya katakan. Walaubagaimanapun, saya menyimpan semua kenangan pahit dan manis tersebut untuk dijadikan iktibar serta tauladan dan membakar semangat dan jiwa untuk saya terus maju dalam menghadapi cabaran hidup.
Alhamdulillah, nak dijadikan cerita, saya dipertemukan dengan Rafa pada bulan Mac 2006. Pada mulanya hati belum terbuka untuk menyertai perniagaan ini. Bukannya apa, sebab sebelum ni pun pernah juga saya ‘join’ MLM lain, tapi tak berapa nak menjadi sangat. Dapatlah duit sana sini, tapi tak ‘BOOM’ lah kata orang. Selepas saya fikir sedalam-dalamnya, saya sedar yang sudah bermacam-macam pekerjaan dan perniagaan yang saya telah cuba. Takkan lah satu lagi percubaan ini dapat menghancurkan saya? Bak kata orang putih, ‘No Harm Trying’! Saya nekad menyertai RAFA dengan mendaftarkan tujuh akaun. Untuk modal bagi menyertai RAFA, jujur saya katakan, saya menggadai barangan emas isteri saya. Berat hati saya untuk berbuat demikian tapi apa boleh buat, itu sahaja harapan yang saya ada. Tapi tidak mengapa, ini bisnes. Tiada bisnes yang tiada modal. Alhamdulillah, Jodoh saya bersama Rafa diikat pada 8 April 2006, tarikh mendaftar lah tu. Semenjak dari itu, hidup saya telah banyak berubah.
Kini setelah menjalankan bisnes Rafa sepenuh masa untuk 23 bulan sahaja, saya telah meraih keuntungan sebanyak RM1 juta! Saya sendiri pun macam tak percaya yang saya sudahpun berstatus jutawan! Alhamdulillah, semua hutang-hutang lapuk telahpun saya langsaikan. Hutang rumah hampir selesai, kereta Mercedes pun sudah saya beli. Bukannya nak action, tapi itulah impian saya, dan kereta tersebut adalah hadiah buat diri sendiri dari diri sendiri. Tidak lupa juga sebagai inspirasi buat semua rakan niaga didalam kumpulan saya.
Sesiapa sahaja pun boleh mencapai apa yang telah saya capai. Tidak mustahil dan belum terlambat. Kita hendaklah lakukannya secara konsisten, jangan cepat putus asa, dan sentiasa belajar dari orang-orang yang berjaya. Ingat... kemahuan untuk berubah adalah petanda awal kejayaan. Berapa lah sangat kepayahan yang perlu dilalui berbanding dengan kesenangan yang bakal dinikmati. Insyallah...
Masa untuk berbahagia adalah sekarang. Tempat untuk kesenangan ialah di sini. Janganlah kita membuang masa walau seminit sekali pun. Dengan ini saya mengakhiri cerita saya dengan serangkap pantun;
Tegak Merimbun Pohon Pulasan,
Ditanam Sejajar Pohon Rambutan,
Nasib Baik Bukan Alasan,
Peluang Baik Jadikanlah Rebutan.
JOM JADI JUTAWAN RAFA. WASSALAM...

No comments: